Bismillahir-rahman nir-rahim

Tahniah, itulah kenyataan yang dapat saya ucapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah saya membaca kandungan temu ramahnya dalam Sinar Harian (16 Syaaban 1431/28 Julai 2010).  

Ternyata Anwar seorang yang memiliki ketegasan dalam mempertahankan prinsip perjuangannya. Ketegasan yang sama pernah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pihak pembesar Quraisy.  Kerana di atas ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah, maka Nabi sanggup berhijrah meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Oleh sebab itu, Nabi tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pihak pembesar Quraisy agar meninggalkan perjuangan. (Seterusnya...)

KENYATAAN AKHBAR

Sukacita saya merujuk kepada berita disiarkan Bernama Online (3 Julai, 2010) bertajuk “Nik Aziz Akui Wujud Perpecahan Parti Untuk Berebut Jawatan Pada Muktamar PAS Tahun Depan” dan awal-awal saya tegaskan tajuk dan kandungan beritanya adalah tidak benar dan di luar konteks apa yang saya maksud. Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannya dari maksud sebenar kenyataan saya.

Paling malang lagi, apabila laporan agensi milik kerajaan Barisan Nasional itu telah dijadikan rujukan, malah disiarkan oleh beberapa akhbar. Antaranya akhbar online Malaysian Insider, dan akhbar cetak seperti Berita Minggu, Sinar Harian dan Sunday Star. (Seterusnya...)

Dalam kehangatan sorakan kejohanan bola sepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan sekarang, kita di Malaysia pula diriuhkan dengan pelbagai kenyataan “tidak beragama’ beberapa pemimpin Umno yang menyokong cadangan pemberian lesen judi bola. Kononnya bagi memenuhi tuntutan orang bukan Islam. Sehingga memaksa berlaku demontrasi umat Islam menolak cadangan kerajaan Barisan Nasional itu. 

Tidak ketinggalan pula, munculnya suara tegas pihak bukan Islam, khususnya masyarakat Cina yang menyangkal dakwaan pemimpin Umno bertaraf menteri kerana mengaitkan judi dengan masyarakat Cina. (Seterusnya...)

 

Sesungguhnya, orang Yahudi ada perangai yang amat buruk. Maka munasabahnya mereka serang orang yang ingin membuat kebajikan, rombongan yang hendak menolong orang dalam kesusahan dan yang mahu menghulur bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza. Allah Subhanahu wa taala (SWT) menceritakan perangai mereka itu di dalam Al-Quran. (Seterusnya...)

 

Di antara perkara yang sangat-sangat menggembirakan saya ialah apabila pimpinan PAS yang tidak mempunyai latar pendidikan agama yang tinggi (termasuk yang tidak berpendidikan formal dalam bidang agama) telah menunjukkan kemampuan dalam menghurai sesuatu dalam konteks Islam dengan begitu baik. Yakin sungguh di hati kecil saya, inilah kesan daripada perjuangan PAS yang dipimpin golongan ulama’.

Hasilnya, golongan dilihat telah mampu memahami dan menghuraikan aspek kehidupan dari perspektif Islam dengan jelas. Ia merupakan hasil didikan dan tarbiyah yang diperolehi di dalam PAS. Berbeza dengan UMNO yang dilihat membekukan golongan ulama’. Jika tidak, mana mungkin sesuatu yang haram seperti judi, boleh dilesenkan sebagai halal. (Seterusnya...)

 

Firman Allah SWT (Surah al-Mumtahanah 60:8):

yang bermaksud : Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu Karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.


Penganjuran ”Seminar Hubungan Muslim – Non Muslim Dalam Konteks Malaysia” pada saya adalah memenuhi dan sangat tepat pada masanya. Ini kerana kita seringkali dihidangkan dengan isu-isu panas yang melibatkan pertikaian antara kaum dan agama yang ditimbulkan oleh piha-kpihak tertentu semata-mata untuk menjaga kepentingan politik. (Seterusnya...)

Pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib selaku Presiden Umno menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakan saya dengan pihak Istana Selangor.

Pandangan Datuk Seri Mohd Najib itu telah disiarkan oleh Utusan Malaysia secara online (24 April 2010) atas tajuk “Nik Aziz hina Sultan Selangor – PM” yang kemudiannya disiarkan dalam Utusan Malaysia cetak (24 April) edisi nasional di muka depan atas tajuk “Pembangkang ingkari Sultan” yang turut mencetak kononnya kenyataan saya selaku Mursyidul Am iaitu “Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.”  (Seterusnya...)

YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan selaku  Mursyidul Am PAS bersama Datuk Zaid Ibrahim, Calon KeADILan mewakili Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor, hari pengundian pada hari Ahad, 25 April 2010.Bahaya pemikiran Umno: tolak Umno, terimalah kebenaran Islam

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam Sejahtera.

Firman Allah SWT (al-An’am 6:162),



Maksudnya, “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Sesungguhnya, segala puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian juga yang teramat tinggi kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah, Nabi pengakhir zaman.
Didoakan kepada semua pengundi bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan hendak-Nya.

Tuan-puan, dan saudara-saudari yang dihormati sekalian.
Bersempena dengan musim kempen pilihan raya ini, sukacita saya mengingatkan diri saya dan menyampaikan ingatan sama kepada sidang pengundi sekalian yang bakal mengundi pada hari Ahad, 25 April 2010 nanti. (Seterusnya...)

Alhamdulillah, segala syukur dan pujian itu hanya bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan ahli keluarga baginda serta sekalian sahabat yang terpilih.

Firman Allah S.W.T.  

Bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!  Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki.  Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkau sajalah adanya segala kebaikan.  Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

(Surah Ali-’Imran 3:26)

(Seterusnya...)

 

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam.  Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya,

1) Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam. (Seterusnya...)

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam.  Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. (Seterusnya...)

 

Firman Allah SWT:

“...dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).”

(Surah al-Hasyr 59:7)

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan meneruskan hidup sebagai khalifah-Nya di bumi ini. Seterusnya diberikan pula kesempatan untuk menyambut Maulidur-Rasul bagi tahun 1431H pada kali ini.

Allah SWT mengutus para nabi dengan tujuan untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada-Nya. Para nabi tidak diutus semata-mata untuk mengajar manusia membangunkan bumi ini semata-mata, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana menyelamatkan diri di akhirat kelak. (Seterusnya...)

 

Sempena penyampaian sumbangan kifalah kepada wasi peringkat Negeri Kelantan pada 7 Februari 2010, di Padang Majlis Daerah Machang.

Firman Allah subhanahu wa taala,

 

ءَامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَأَنفِقُواْ مِمَّا جَعَلَكُم مُّسۡتَخۡلَفِينَ فِيهِ‌ۖ فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَأَنفَقُواْ لَهُمۡ أَجۡرٌ۬ كَبِيرٌ

 

" Maksudnya, ”Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda, yang mana Allah telah menjadikan kamu sebagai wakil dalam menguasai dan menguruskannya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu, serta membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah), mereka tetap beroleh pahala yang besar.”

(Surah al-Hadid, ayat 7)

 

Segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, salawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga baginda.Tidak dilupakan doa kita kepada ibu bapa yang telah pergi lebih awal meninggalkan kita; semuga Allah mengampunkan mereka. (Seterusnya...)

 

Sempena Majlis Merai Ketua-Ketua Agama,12 Safar 1431 bersamaan 28 Januari 2010 

Bismillahhir Rahmanir-Rahim, firman Allah yang bermaksud,

Rasul (Nabi Muhammad S.A.W) sendiri telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari tuhan, demikian pula orang-orang yang beriman . Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatnya, kitab-kitabnya dan rasul-rasulnya (mereka mengatakan), “Kami tidak membeza-bezakan antara seorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasulnya”, dan mereka mengatakan, “Kami dengar dan kami taat.” (Mereka berdoa), “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada engkaulah tempat kembali.

(Surah Al-Baqarah ayat 285 )

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan perkenan daripada Allah S.W.T jua, sekali lagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan Darulnaim, mengambil langkah mengadakan Majlis Jamuan Makan Tengahari yang serba sederhana, pada hari yang sangat bersejarah ini. (Seterusnya...)

Memahami firman Allah yang berbunyi:



Maksudnya; ”Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebaikan, memberikan bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji, dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.

[Surah an-Nahl (16) ayat 90]

Pokok kepada kemuliaan akhlak adalah berlaku adil kepada semua orang. Lebih-lebih lagi terpikul ke atas bahu setiap pemimpin dan Kerajaan, hendaklah berlaku adil kepada semua rakyatnya. (Seterusnya...)

Isu perkauman, agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu adalah antara isu sensitif untuk dibincangkan secara terbuka bagi masyarakat Malaysia. Justeru itu, selepas tercetusnya kontroversi isu penggunaan kalimah Allah kepada “the herald” milik gereja Kristian, maka keputusan mahkamah tinggi itu telah menyentuh nilai-nilai keharmonian beragama di Malaysia. 

Sehubungan itu, pelbagai pihak kalangan pemimpin dan umat Islam telah memberi pandangan, malah sanggup berdemonstrasi mempertikaikan keputusan tersebut. Paling malang, muncul pula pihak yang bersifat anti-harmoni, telah melancarkan “serangan” ke bangunan gereja. (Seterusnya...)

Pada umumnya, Orang Melayu ini beragama Islamlah.  Akan tetapi , apabila ada parti Melayu dan pemimpin parti Melayu sebut agama lain politik lain maka inilah masalah. Ini kecelaruan pemikiran dan ini keceluparan. Keceluparan jenis ini tidak terbanding dengan keceluparan saya seperti yang dituduh Dato’ Awang Adek dalam kenyataannya di Pasir Mas pada 6 Disember 2009.
 
Saya dilihat celupar semata-mata kerana mempertahankan hak rakyat Negeri Kelantan untuk mendapatkan royalti. Saya dilihat celupar kerana ingin terus berdoa kepada Allah SWT agar Allah membuka pintu hati Perdana Menteri dan tidak terus menzalimi rakyat Kelantan. Saya dilihat celupar semata-mata kerana menegur presiden Umno diatas keengganan beliau untuk memberikan royalti itu kepada sebuah kerajaan negeri yang sah. Saya dipandang celupar kerana mendoakan kemusnahan kepada sesiapa jua yang zalim kerana royalti itu hak dari perut bumi kami. Ia hak yang termaktub melalui sebuah perjanjian bertulis yang sempurna di tahun 1974. (Seterusnya...)

Latarbelakang:
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT,  maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.


Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.


(Seterusnya...)

1. Kedudukan tuan-tuan sebagai tentera sudah betul dan cukup bertepatan dari segi Islam.

2. Mahu tidak mahu kehidupan tuan-tuan seharian semuanya bergadai nyawa  melibatkan persiapan berupa kawad dan pembarisan, peluru, senjata senapang dan M16 termasuk bom, letupan, jip, trak, kereta kebal dan kapal selam.

3. Dihujung niat tuan-tuan, tentu sekali tidak ada yang lain selain dari hidup dan matiku kerana Allah seperti yang diucap dalam doa iftitah setiap kali sembahyang “inna salati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbi ‘alamin.”   Inilah unsur keikhlasan dan kesucian niat yang boleh membawa kepada syahid dan syuhada’ jika takdirnya mati terkorban ketika menjalankan tugas.   Dalam hal ini, tentu sekali selaku orang Islam, kita mahu dan perlu mempertahankan kebenaran. (Seterusnya...)

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong(tanpa mengira bangsa dan bahasa).
Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2

Mari kita sama-sama panjatkan seribu satu kesyukuran kepada Pencipta langit dan bumi kerana dengan izin dan restu-Nya dapatlah juga saya berkongsi sama menumpahkan sedikit rasa hati .


Pilihanraya amat berkaitan dengan agama, keadilan dan tanggungjawab setiap rakyat dalam sistem demokrasi. Ia menyentuh hak warganegara. Ia ada kaitan dengan dosa pahala dan mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya. Pilihanraya adalah medan pemilihan pemimpin yang bakal kita angkat sebagai penggubal dan pemantau undang-undang samada di Parlimen atau Negeri. Selaku wakil rakyat, segala bentuk kebajikan, sakit dan mati, susah dan senang; juga segala aduan dan masalah kita sepatutnya diberi perhatian oleh wakil rakyat. Dalam konteks inilah amat pentingnya  kita memilih wakil rakyat yang memahami masalah serta prihatin terhadap kebajikan kita selaku pengundi. (Seterusnya...)

Salah satu daripada pecahan amal mulia di bulan Ramadhan adalah beri’tikaf dan bertafakur.  Ketika  melakukan pelbagai muhasabah, maka saya ada terpandang satu ayat yang sedikit mencurigakan.  Ia berbunyi begini:

Perdana Menteri berkata, “kita tidak akan membiarkan Umno dipermainkan dan akidah parti itu dipersoalkan mana-mana pihak.  Jangan persoalkan akidah kita (Umno)”   (Berita Harian 8 September 2009).
(Seterusnya...)

Dalam akhbar HARAKAH bertarikh 30 Syaaban – 2 Ramadhan 1430/21 – 23 Ogos 2009, saya tertarik dengan dua fakta yang ditulis oleh Mohamed Hanipa Maidin dalam artikel beliau bertajuk “Sejak bila Umno tidak hina Islam.” Ia berbunyi seperti berikut:


i) Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris)  yang terjemahannya:

 
(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.

  (Seterusnya...)

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah.  Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani.  Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12,   tiada siapa jua yang mampu menekanya.  Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari  Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut.  BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak.  Ini realiti dan ini kenyataan. (Seterusnya...)

TEKS UCAPAN YAB TUAN GURU DATO’ HJ. NIK ABD. AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN DI MAJLIS PERASMIAN KONSERT ANTARA DUNIA PADA 10 SYAABAN 1430/1 OGOS 2009 (HARI SABTU), JAM 8.00 MALAM BERTEMPAT  DI STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR.

Firman Allah S.W.T.  yang bermaksud :
       
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid; makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.  Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”   (Surah Al A’Raaf  :  Ayat 31). (Seterusnya...)

Kota Bharu, 27 Julai 2009. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau telah mahukan perpaduan dan kerjasama diantara UMNO dan PAS.

Ketika bercakap kepada PAS TV pagi ini di pejabatnya,  Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau mahukan Barisan Nasional menunaikan tanggungjawabnya sebagai Kerajaan Pusat seperti yang diamanahkan dan atas dasar itu beliau bersedia mengetuai usaha menjalinkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat. (Seterusnya...)

27 Rejab 1430 / 20 Julai 2009

Ibu bapa kepada
Mendiang Teoh Beng Hock
D/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor
Tingkat 21, Bangunan SSAAS
40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Warkah Takziah

Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang  16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang,  berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan. (Seterusnya...)

KOTA BHARU, 13 Julai (Hrkh) - Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat 'cuti am' esok (14 Julai 2009) yang diambil atas 'Cuti Peristiwa'. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan perkara itu di pejabatnya kira-kira pukul 9.15 pagi tadi. (Seterusnya...)

Bismilllahir Rahmanir Rahim

Dalam keadaan yang tersangat berat kita terpaksa menerima  sebuah perpisahan.  Pada kira-kira jam 6.00 pagi tanggal 22 Jamadil Awal 1430 (Jumaat)/22 Mei 2009, Allah S.W.T. telah menjemput Almarhum Pak Su   kita menemuiNya.   Rupa-rupanya kasih sayang Allah S.W.T melebihi nilai kasih sayang kita kepada Pak Su Wel kita.  Demikianlah resam kehidupan yang bernama hidup dan mati.   Firman Allah S.W.T yang bermaksud:     

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” - Surah Ali’Imran  :  Sebahagian dari Ayat 185 (Seterusnya...)

(S)16/7/(21)                                 9 Rejab 1430 / 2 Julai 2009
                                       
Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Assalamualaikum WM WB.

Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara. (Seterusnya...)

By Amir Muhammad

I RECENTLY attended a ‘live’ talk by Nik Abdul Aziz Nik Mat, even though there was no byelection in sight. It was on a Kota Baru street on a Friday morning.

He spoke for almost an hour but thousands of people stayed put. It’s a weekly ritual known as sekolah atas tembok, which in this context translates to mean ‘school on the street’ rather than ‘school on a concrete wall’. He didn’t have to raise his voice;

the 78-year-old is a skilled orator who makes people want to stay quieter in case they miss something.

He made them laugh, make them nod and kept them keen. I initially thought this book was a collection of speeches by the Pas Spiritual Adviser and Kelantan Menteri Besar, but it’s rather different. His actual words consist mainly of 29 things that he has said. (Seterusnya...)

Kenyataan Akhbar
Tetuan Saiful Kasri & Associates


Hari ini Selasa 2 Jun 2009 di akhbar Berita Harian di muka C12 suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh. YB Dato Nozula Mat Diah kepada anakguam kami, YB Dato Paduka Husam b Musa.

Notis tersebut berbunyi:

"Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato’ Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.” (Seterusnya...)

KOTA  BHARU – Kemunculan puak Erdogan dalam Pas dianggap satu kelebihan kerana mereka dikatakan mampu melumpuhkan gerakan sesat yang dipimpin oleh Melayu Muslim yang menolak Islam dan memperjuangkan dasar kebangsaan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya benar dakwaan wujudnya puak Erdogan di dalam Pas, ia adalah satu perkembangan yang baik kerana golongan ini mampu melemahkan pihak lawan. (Seterusnya...)

KEWUJUDAN PAS dalam lanskap politik negara, tidak lagi dikesampingkan. Selepas 54 tahun PAS mampu duduk sama tinggi dengan parti utama. Maka tidak hairanlah setiap kali menjelang muktamar, pelbagai polemik dicetus media. Ia bertujuan memperlihatkan kecamuk PAS dari luar. Antara isu yang diungkit berkaitan golongan ulama, profesional dan unity government. Bagi memahami situasi sebenar ikuti pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui di pejabatnya Selasa lalu. (Seterusnya...)

MATAN SIDANG AKHBAR DEKLARASI PERPADUAN NASIONAL DAN KEAMANAN SEJAGAT 13 MEI 2009

Tarikh:13 Mei 2009
Tempat:Bilik Gerakan Negeri,Kota Darul Naim
Masa: Jam 11.30 pagi

BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan, supaya kamu saling berkenalan (dan beramah mesra diantara satu sama lain).  Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu.  Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan (akan keadaan dan amalan kamu).”  (Surah Al-Hujurat:  Ayat 13). (Seterusnya...)

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
(Seterusnya...)

“Sepatutnya sudah lama benda al-Quran ini dibaca dan digunakan dengan meluas oleh semua orang termasuk oleh orang Cina”.(Berita TV1 pada pagi 6 April 2009 dan rancangan Berita TV9 jam 8.00 malam). Inilah lebih kurang, bunyi kata-kata saya sewaktu diminta mengulas penggunaan dan sebutan ayat al-Quran oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, YB. Nga Ko Ming. (Seterusnya...)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

Dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

SALAM SILATURRAHIM

Setiap kali Pilihan Raya Kecil berlaku, semua orang boleh menjadi agak kelam kabut.  Boleh dikatakan antara fakta, kebenaran dan kepalsuan akan menjadi semakin banyak. Namun selaku orang Islam, kita mesti sentiasa tenang.   Kita kena faham bahawa kekuasaan ada kena mengena dengan pemerintahan.  Hanya dengan memerintah sahajalah, kita boleh menentukan kegiatan menegakkan maaruf dan mencegah kemungkaran dapat dilakukan dengan berkesan.  Alhamdulillah, Negeri Kedah Darul Makmur sedang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang komited terhadap Islam dan kesejahteraan semua rakyat. (Seterusnya...)

‘Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong(tanpa mengira bangsa dan bahasa).’

Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2

 
Mari kita sama-sama panjatkan seribu satu kesyukuran kepada Pencipta langit dan bumi kerana dengan izin dan restu-Nya dapatlah juga saya berkongsi sama menumpahkan sedikit rasa hati . (Seterusnya...)

Malaysia Negara yang disayangi ini mempunyai pelbagai bangsa, kaum dan bahasa.

Sebenarnya pada saya begitu bertuahnya Malaysia ini sekiranya kempen pilihan raya disertai sama oleh masyarakat Cina yang lebih mendahului mengenali agama Islam mengikut dalam sejarah dunia.

Orang Melayu mengikut sejarahnya menerima Islam sekitar 500 tahun kebelakangan ini, berbanding masyarakat Cina.

Sejak Parameswara Raja Melaka yang memeluk Islam, secara automatiknya turut memeluk agama Islam. (Seterusnya...)

UCAPAN YAB TUAN GURU DATO’ MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA PELANCARAN WIFI APTUS NET DAN BLOG TOK GURU PADA 29 RABIUL AWAL 1430/26 MAC 2009 BERMULA JAM 3.00 PETANG  BERTEMPAT DI KB  MALL, KOTA BHARU, KELANTAN.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK.  Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"

(Surah An-Nahl Ayat 125) (Seterusnya...)

Iklan